Software wajib dalam Gutsy

October 26, 2007

Software wajib(bagiku) dalam Gutsy

- Terminal -

- Multimedia codec – membolehkan file multimedia mainkan

  • RealPlay – untuk melihat movie extension jenis real & rmvb

  • VLC – melihat file movie cam avi

  • K3B – softaware utk burn cd/dvd. Grafiknya memang lawa.

  • Mozilla Thunderbird Mail/News – Untuk check mail. Aku juga melanggan news melalui RSS feed.

    Antara yg kulanggan ialah Roslan SMS, Gerbang Ruhanie dlll

  • Pidgin Internet Messenger – Aku gunakannya untuk yahoo mesengger aku. Ia juga boleh diguna utk mesengger lain cam ICQ, MSN & AIM.

rdp.png

  • Terminal Client Server – Aku perlu membuat kerja rutin pada satu pc server (Win200 Server). Pernah aku guna RDP tapi tak dapat connect. Jadi aku install VNC kat server tu. Dan guna protocol VNC utk connect.

Mari gunakan Ubuntu 7.10 Gusty Gibbon

October 23, 2007

Saya baru saja menginstall latest Ubuntu ni.

pro

- lebih grafik & stabil berbanding sebelumnya

- menyokong resolution tinggi hingga 1280×1024. Tanpa perlu install grafik driver seperti sebelumnya.

- saya install pada pc Dell(hardwarenya semua built in) pentium D. Tiada masalah dengan grafik card, sound card, network card(nic) mahupun display card.

- dengan baru install(guna dual boot) terus dapat connect ke internet.

- free. Cuma tenaga(berpeluh gak nak install) & duit(bayar streamyx(aku free guna line office))

cons

- support masih kurang. Biasanya la. Tak sampai seminggu (18 oktober lalu) baru launched. Nanti ok la, insya Allah

Terpaksa format semula Ubuntu

June 13, 2007

Aku baru je format semula Ubuntu kerana semua player(VLC & Totem) hang dan 30(Open Office Org) tak bleh bukak. Jadi aku akan ceritakan step by step cara install guna live cd, set ip number, install VLC & segala macam mak nenek setting yg aku buat. Marilah kita berkongsi…

p/s: tak pasti sama ada Ubuntu ada fungsi reinstall semula cam Windows. Lagi pun aku tak suka reinstall. Baik install baru balik 

Perbezaan antara Ubuntu 6.06 dan 7.04

May 16, 2007

sebagaimana yang umum tahu Ubuntu menggunakan Tahun dan bulan keluaran sebagai rujukan iaitu 7.04 ialah tahun 2007 bulan April

Sebelum itu jika anda telah mendownload Ubuntu 6.06 saya cadangkan anda mendownload Ubuntu 6.06.1 yang merupakan ubuntu 6.06 (Dapper Drake) dengah patched fixed.

Apa beza ubuntu 6.06 (Dapper Drake) dgn Ubuntu 7.04 (Feisty Fawn) ?

1.Sokongan Hardware terkini
jika anda menggunakan PC atau Laptop yg dikeluarkan penghujung tahun 2006 atau awal 2007 kemungkinan Feisty Fawn dapat digunakan tanpa perlu apa2 kod pembaikan (patch code)

2.LTS (Long Term Support)
Dapper merupakan Ubuntu pertama dengan LTS iaitu sokongan komersil@berbayar selama 3 tahun (36 bulan) untuk versi desktop dan 5 tahun (60 bulan )untuk versi server.

Feisty Fawn pula seperti Edgy Eft (6.10) cuma di berikan sokongann komersil untuk 18 bulan atau 1 1/2 tahun kerana kitaran pembangunan perisian untuk Ubuntu ialah 6 bulan, bermakna setiap 6 bulan anda akan memperolehi Ubuntu yang baru yg dapat menyokong hardware baru dan perisian yang lebih stabil dan pantas.

3.SysV Init Versus Upstart
Dapper Drake menggunakan SysV Init untuk Boot Process, Init memulakan setiap proses secara bersiri (serial & in sequence) dan anda dapat melihatnya di skrin.

Edgy Eft dan Feisty Fawn pula menggunakan Upstart yang jauh lebih pantas dengan konsep proses diselarikan (event driven and parallel service start up),anda tidak dapat melihat apa2 di skrin kecuali login interface, Ubuntu Feisty Fawn saya boleh di boot dalam masa kurang 15saat dan shutdown kurang 5 saat(bergantung kepada spesifikasi pc anda).

4.User Friendliness @ Tahap Mesra Pengguna
Berbanding Dapper, Feisty telah menyelesaikan beberapa isu yang dikatakan kurang mesra pengguna,contohnya seperti
-Help system (walaupun tidak selengkap Windows)
-Group Control Panel (seperti Windows XP)
-Proprietary Driver Installation (Driver komersil akan di download / pasang secara berasingan)

5.Desktop Effect @ Kesan Khas desktop
Fiesty Fawn telah di pasang Compiz (3D Desktop Manager)
anda boleh mencuba kesan khas ini seperti window yang lembek bila di tarik,di maximum,minimumkan dan desktop di atas Cube

Jika anda mahukan lebih anda boleh menggunakan Beryl yang ada lebih banyak fungsi dan kesan khas.Dapper tidak mempunyai ciri ini

6.Lain2
berikut ialah ciri2 yang ada pada Ubuntu Server Edition Fiesty Fawn yang tidak ada pada Dapper Drake
-Xen Hypervisor (Virtual Machine Environment & Manager)
-LSTP (Linux Server Terminal Project)
-Sokongan untuk GFS (Global File System) Cluster dan Oracle Cluster

Sila rujuk review peribadi yang saya telah buat berkenaan Fiesty Fawn

http://hairil97.googlepages.com/ubuntufeistyfawnreview

itu sahaja Wink

artikel asal terdapat di sini

Membuat dual boot (Ubuntu & Windows)

May 16, 2007

hmm klu guna Ubuntu 7.04 desktop CD mase kat disk partition phase
pilih ‘manual partitioning’

buat sekurang2nya 2 partition nie

/ <– mesti ada:root tree folder
/swap <– mesti ada:swap file partition
/home <– optional:untuk dokumen anda jika anda melakukan proses reinstallation linux partition ini sudah di asingkan

kemudian ubuntu akan install GRUB di Master Boot Record (MBR) di HDD C:\ @ sda1
tetapi akan merujuk kepada fail bootloader di E:\ @ sdb1

dalam Linux tiada folder yang di panggil C,D,E tetapi menggunakan istilah
sd*1

contohnya:
sda1 = partition pertama dalam HD pertama
sda5 = partition kedua dalam extended partition dalam HD pertama
sda6 = partition ketiga dalam extended partition dalam HD pertama
sdb1 = partition pertama dalam HD kedua
sdb5 = partition kedua dalam extended partition dalam HD kedua
sdb6 = partition ketiga dalam extended partition dalam HD kedua

p/s: jika tidak berjaya saya nasihatkan anda buat sekali lagi kerana GUI manual partitioning dalam Ubuntu masih baru dan masih ada bug yang perlu di perbaiki

sumber asal terdapat di sini

Langkah pertama

May 15, 2007

– Download iso file Ubuntu di sini.

- Burn file iso tadi dengan CD burner. File tadi akan ditukar menjadi cd bootable.

Perkara perlu difikirkan sebelum menginstall Ubuntu

May 15, 2007

1- Pastikan anda berminat dengan skill try n error. Ini penting kerana adakalanya setting yg dibuat tak menjadi(error).

2- Jika boleh pastikan anda tak berminat(menyampah) dengan windows & kaum kerabat. Senang kata semua yg berbayar & banyak digunakan.

3- Pastikan network pada suasana kerja/rumah anda mengizinkan. Segala update hanya boleh dilakukan dengan line internet sahaja.

4- Jika anda taksub dengan satu software sahaja, Ubuntu mungkin tak sesuai untuk anda. Sepanjang pengalaman saya anda takkan menjumpai Eudora, Incredible Mail, WM player, Office Suite & segala perisian berbayar di dalam Windows dlm Ubuntu

5- Walaupun Ubuntu Feisty Fawn menjadi semakin friendly(klik n drag), dos prompt masih mendominasi OS ini. Pastikan anda tak fobia dengan command prompt.

Dell akan menjual PC Feisty Fawn

May 3, 2007

 Berita ini pastinya menggembirakan hantu-hantu Ubuntu di Malaysia. Aku pun nak beli pc baru tu nanti.

Berita penuh di sini  

Aku pun dah letih guna Windows. Dari Win3.11, Win95, Win98, WinMe, Win2000 & WinXp semuanya telahku guna. Dah sampai masa aku beralih ke open source cam Ubuntu Feisty Fawn nih.

Feisty Fawn dilancar secara rasmi. Untuk memudahkan peralihan, pengguna Ubuntu Edgy boleh tingkatkan terus Ubuntu mereka kepada versi Feisty dengan menggunakan ciri dalaman yang sudah ada dalam Ubuntu Edgy. Satu ciri yang baik! Akhirnya Ubuntu versi 7.04 dikeluarkan secara rasmi. Ubuntu ialah sebuah distribution bagi Linux berdasarkan Debian yang amat mesra pengguna, terutamanya yang mula berjinak-jinak dengan Linux/Unix. Untuk memudahkan peralihan, pengguna Ubuntu Edgy boleh tingkatkan terus Ubuntu mereka kepada versi Feisty dengan menggunakan ciri dalaman yang sudah ada dalam Ubuntu Edgy. Satu ciri yang baik! Feisty Fawn dilancarkan

May 3, 2007

Akhirnya Ubuntu versi 7.04 dikeluarkan secara rasmi. Ubuntu ialah sebuah distribution bagi Linux berdasarkan Debian yang amat mesra pengguna, terutamanya yang mula berjinak-jinak dengan Linux/Unix.

Untuk memudahkan peralihan, pengguna Ubuntu Edgy boleh tingkatkan terus Ubuntu mereka kepada versi Feisty dengan menggunakan ciri dalaman yang sudah ada dalam Ubuntu Edgy. Satu ciri yang baik!

Baca berita penuh di sini

Pembuka Kata

May 3, 2007

Akhirnya aku memutuskan untuk membuka satu blog(wordpress) mengenai ubuntu(Feisty Fawn) dalam Bahasa Melayu. Segala eksperimen/pengalaman dalam mencuba Feisty Fawn akan aku dedikasikan di sini, insya Allah. Segala komen,cadangan & soalan berkaitan amatlah dialu-alukan.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.